BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 15, 2009

Taman Burung, Labuan


Macam-macam jenis burung ada kat sini. Kalau sebelum ni cuma kenal burung murai, burung merak, burung kakak tua, burung tiung...tu pun tengok gambar dalam buku masa sekolah tadika dulu..Nak juga tau kat luar negara tu ada burung apa, spesis apa, jenis apa..ada lagi ke atau dah nak pupus..jom bercuti kat labuan, boleh la jalan-jalan menambah pengetahuan sambil menikmati keindahan alam dan menenangkan fikiran yang sesak ni bila mendengar kicauan, nyanyian pelbagai jenis burung dan unggas, lagi sedap dari suara penyanyi-penyanyi yang merasakan suara mereka merdu..ooppsss telebih sudah..

Fakta..
Taman burung yang tenteram ini telah di reka dengan landskap taman yang menarik serta lorong-lorong untuk berjalan kaki. Ianya mempunyai tiga buah sangkar gergasi berbentuk kubah yang di kelilingi pokok-pokok besar dan pokok bunga. Taman Burung Labuan menempatkan pelbagai jenis burung dari Borneo yang lazimnya hanya kelihatan di hutan tebal di pedalaman Borneo. Terdapat rancangan untuk mengumpul sejumlah besar dari 580 spesis burung yang boleh ditemui di setiap habitat di Borneo.



Pengangkutan
Kalau anda tidak mempunyai kenalan di Labuan, Lebih mudah ambil teksi untuk ke Taman Burung Labuan..tapi hati-hati jangan sampai kena "potong" ngan pemandu teksi.

Penginapan


JOM CUTI

Tuesday, October 13, 2009

SEJARAH : LABUAN


Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.

1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.

1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).


Pengisytiharan Labuan Sebagai Wilayah Persekutuan 16 April 1984

Pada mulanya cadangan meletakkan Pulau Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd. Salleh selepas mesyuarat Barisan Nasional di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1983. Dewan Undangan negeri Sabah telah bersidang pada 8 Mac 1984 untuk meluluskan Enakmen Wilayah Persekutuan Labuan 1984 (Federal Territory Of Labuan Enactment 1984). Pada 16 April 1984, Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan secara rasminya mengikut Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984. Sempadan-sempadan negeri Sabah telah diubah dengan mengeluarkan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagaimana yang termaktub melalui peruntukan Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984. Labuan sebagai Wilayah Persekutuan akan terdiri daripada Pulau Labuan dan semua wilayah dengan lingkungan 4.8km (3 batu nautika) daripada pulau berkenaan, termasuk pulau-pulau Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Kuraman, Burong, Papan dan Daat.

Ia akan ditadbir di bawah Kerajaan Persekutuan dan diletakkan di bawah kawalan Menteri. Sementara itu di Labuan tarikh 16 April 1984 menjadi tarikh bersejarah dan penuh bermakna kepada penduduknya. Di Padang Bandaran, ribuan penduduk Labuan menyaksikan Perdana Menteri pada masa itu, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir B. Mohamad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh menandatangani dokumen “Perjanjian Labuan” yang menukarkan status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Pelbagai acara dan majlis seperti Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, Perasmian Taman Damai di Layang-layangan, pertandingan gasing serta perarakan tanglung dan kereta berhias telah diadakan untuk memeriahkan hari bersejarah Labuan.

SUMBER : www.pl.gov.my

Thursday, October 8, 2009

Malaysia Berjaya


Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

SEJARAH PUTRAJAYA

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu. Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.


Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.

Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terletak di dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru dalam pembinaan bandaraya moden Malaysia. Putrajaya telah dicadangkan untuk menjadi contoh bandar-dalam-taman lengkap dengan jaringan infomasi berdasarkan teknologi multimedia. Oleh itu, sebagai bandar contoh, Putrajaya adalah pusat rakyat Malaysia dan tempat yang ideal untuk pekerjaan, penempatan, bersukan dan pelbagai aktiviti rekreasi.Putrajaya menjanjikan kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

sumber foto : : www.skyscrapercity.com

Wednesday, October 7, 2009

SEJARAH KUALA LUMPUR : Era Kontemporari (1990-Sekarang)

Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak Kepesatan Ekonomi Asia pada awal 1990an (ketika itu pukul rata tumbuhan ekonomi ialah 10%). Pencakar langit telah dibinakan dan Kuala Lumpur, bekasnya kota kara penjajahan yang tidak bermaya, telah menjadi salah satu bandar yang tersibuk, maju dan bersemangat di Asia Tenggara.




Bentangan jalan yang menghadap Dataran Merdeka adalah mungkin jalan yang termasyur di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad dengan kubah tembaganya dan gaya seni bina Moorish berdiri di sini, seperti juga salah satu tiang bendera yang tertinggi di dunia, yang berdiri di Dataran Merdeka. Sehingga tahun 2004, mahkamah atasan persekutuan (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) yang ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, semenjak itu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutu telah dipindah ke Istana Keadilan Putrajaya. Bangunan Dayabumi dapat dilihat dari situ kerana wujudnya di seberang jalan. Kawasan ini digunakan sebagai titik fokus perbarisan Hari Kemerdekaan Malaysia, yang disiarkan di televisyen di seluruh Malaysia. Akan tetapi pada tahun 2003, perbarisan itu dipindahkan ke jalan berhias di Putrajaya, mengikut dengan taraf Putrajaya sebagai pentadbiran baru ibu negara Malaysia. Yang menariknya, ibu pejabat Polis putih yang letaknya di atas Bukit Aman juga menghadap Dataran.


Tempat lain di bandaraya Kuala Lumpur telah dibangunkan dengan cara piawai, persamaan dengan ibu negara lain di negara-negara lain. Tumpukan perhatian, arkitek telah digesakan untuk menggabungkan elemen seni tradisional pada pekerjaan mereka. Contoh pergabungan ini adalah bangunan Dayabumi, pencakar langit pertama Kuala Lumpur, Bangunan Tabung Haji and Menara Telekom, kedua-duanya dikaryakan oleh arkitek tempatan Hijjas Kasturi, dan sudah tentu, Menara Berkembar Petronas.

Kuala Lumpur telah diundikan sebagai salah satu dari sepuluh bandar, yang terbaik di Asia pada majalah utama Asia Asiaweek.


SUMBER : WIKIPEDIA

SEJARAH KUALA LUMPUR : Era Selepas-Merdeka (1957-1990)

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan bersambung menjadi ibu negara kepada yang dinamakan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Untuk peristiwa kemerdekaan, sebuah stadium besar, Stadium Merdeka, dibinakan, di mana Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan kemerdekaan Malaya di hadapan orang yang sangat ramai. Bendera Union Jack diturunkan dari tiang bendera di Dataran Merdeka dan bendera bendera Tanah Melayu dinaikkan. Tempat itu menandakan kekuasaan British kerana ia adalah padang kriket untuk pentadbiran penjajah dan menghadapi Kelab Diraja Selangor, kelab Malaya yang terekslusif dan untuk Orang Putih sahaja.
Pada 1 Februari 1972 Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor dan bandar itu menjadi Wilayah Persekutuan.

SUMBER : WIKIPEDIA

SEJARAH KUALA LUMPUR : Era Pra-Kemerdekaan (1857-1957)

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

Ia dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Dia menjadikan Kuala Lumpur sistem keadilan batasan yang berkesan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, dan memastikan Kuala Lumpur menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun 1881, Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur kepunyaan Yap adalah bandar batasan agak berbahaya melihat pada Yap sendiri seorang ahli kumpulan samseng dan peperangan samseng perkara yang biasa. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sir Frank Swettenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggung jawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Masa pentadbirannyalah Kuala Lumpur bersambung menjadi bandaraya kaya dan aman, selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negerinya. Pada Perang Dunia II tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada 11 Januari, 1942 dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.

SUMBER : WIKIPEDIA

Malaysia oh Tanah Airku

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku

Tuesday, October 6, 2009

ALHAMDULILLAH...









Alhamdulillah...di bumi Malaysia yang bertuah ini, Islam menjadi Agama yang dihormati dan ditaati, terus berkembang menjadi asas dan teras pentadbiran negara.. Alhamdulillah... untuk sehari lagi Malaysia masih merupakan negara yang aman dan tenteram, masih lagi sebuah negara yang mengamalkan prinsip saling bertoleransi walaupun terdapat anasir-anasir luar yang cuba untuk memecahkan ikatan perpaduan antara kita yang semakin rapuh pautannya. Alhamdulillah..untuk kesekian kalinya Malaysia terus menjadi lubuk rezeki bagi sesiapa yang rajin berusaha, tidak kira lah dari mana asalnya, walaupun dalam keadaan ekonomi yang meruncing kita tetap gagah..Alhamdulillah......marilah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa berjuang mempertahankan hak dan kedaulatan negara kita Malaysia, bersatu memupuk semangat persaudaraan dan saling menghormati, mendokong gagasan 1Malaysia.